Nama Sekolah:
|
Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Perlis
|
Email
|
sksgbaru@yahoo.com.my
|
No Kod Sekolah:
|
rba0031
|
Gred Sekolah:
|
A
|
No Telefon:
|
604-9805137
|
Alamat Sekolah:
|
Sekolah Kebangsaan Sungai Baru
Jalan Sungai Baru Simpang Empat, Perlis |
Poskod:
|
02700
|
Mukim:
|
Simpang Empat
|
PKP Pendidikan:
|
PKP Simpang Empat
|
Kaw. Dewan Undangan Negeri:
|
Simpang Empat
|
Kawasan Parlimen:
|
Arau
|
Tarikh Diasas:
|
1955
|
Tarikh Dibuka (Perasmian):
|
6 September 1952
|
Keluasan Kawasan:
|
3.2 Ekar
|
No Lot:
|
Tiada
|
Pada zaman pemerintahan Jepun dalam tahun (1942 - 1945)
sebuah sekolah telah didirikan secara gotong-royong oleh penduduk di sekitar
Kampung Sungai Baru di atas tapak kepunyaan Tok Haji Jaafar. Jumlah
murid-murid berdaftar belajar seramai 30 orang dan seorang guru yang mengajar
secara sukarela tanpa dibayar gaji sesen pun. Riwayat hayat sekolah tersebut
tidaklah kekal lama dan akhirnya diturup begitu sahaja.
Dalam tahun 1952, sebuah
sekolah baru telah didirikan di atas tapak tanah kepunyaan Encik Abdul Razak
bin Man.
Bahan-bahan binaannya adalah bekas bangunan lama iaitu bangunan Sekolah
Melayu Kangar yang dihadiahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis. Tokoh
penting dalam usaha mendirikan sekolah ini ialah Allahyarham Tuan Haji Abdul
Karim bin Md Noor, bekas guru Quran di sekolah Melayu yang sangat disegani
oleh semua masyarakat tempatan kerana sifat mulianya dan daya gigih yang
tidak ada tolok bandingnya. Beliau dibantu oleh Encik Choh bin Abdul Samad.
Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rakyat Sungai Baru, Perlis dan ditadbir
oleh sebuah Lembaga Didik. Ketika itu murid yang berdaftar seramai lapan
puluh lima orang dan guru yang mengajar seramai empat orang iaitu Cikgu Abdul
Ghani bin Yom sebagai Guru Besar, dibantu oleh tiga orang guru biasa iaitu
Cikgu Salim bin Shaari, Cikgu Ismail dan Cikgu Salim.
Bangunan sekolah ini
dibuka dengan rasminya oleh DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan
Jamalulail, Raja Perlis pada 6 September 1952. Pada 3 Julai 1955, kerajaan
negeri telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan seterusnya melantik
YM Ku Sulung Ku Akob sebagai guru besar yang pertama mentadbir sekolah ini.
Pada tahun 1980 sekolah ini telah mendapat perhatian
Kementerian Pendidikan Malaysia
dimana sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina. Bangunan ini terdiri
daripada tujuh buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik TV
pendidikan dan sebuah pejabat. Disamping itu sebuah kantin dan sebuah padang permainan telah
juga disediakan demi untuk kegunaan dan kebaikan murid-murid disekolah ini.
|
Pada tahun 1987 sebuah bangunan
gotong royong yang mengandungi dua buah bilik darjah telah dibina dibawah
Projek Gotong Royong Kementerian Pendidikan Malaysia dengan peruntukan
sebanyak RM 20000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja). Pada tahun 1989
pula bangunan dua tingkat pula telah dibina dengan empat buah bilik darjah,
sebuah perpustakaan yang telah diubahsuai dan sebuah bilik tayang.
Pada Akhir tahun 1993
sekolah yang telah beroperasi membina sebuah bangunan Asrama Desa untuk
dihuni oleh anak-anak didik sekolah ini. Tiang - tiang kayu adalah kayu-kayu
pemberian dari Lembaga Letrik Negara (sekarang dikenali sebagai Tenaga
Nasional Berhad) sebanyak 50 batang dengan harga cuma RM 1.00 sebatang. Lain-lain alatan pembinaan adalah hasil
wang juga dari pihak perseorangan. Akhirnya pada awal tahun 1994 maka
terbinalah sebuah asrama yang telah diberi nama Asrama Desa Sekolah
Kebangsaan Sungai Baru, Perlis. Hasil projek gotong-royong penduduk tempatan,
guru-guru serta kakitangan sekolah dan terutamanya ahli Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) yang berkerja keras banyak memainkan peranan penting dalam
usaha pembinaan ini. Asrama ini mempunyai penyelia asrama berjawatan tetap
dibantu oleh seorang pengasuh dan seorang pelayan asrama. Penghuni asrama ini
dibawah kawalan seorang warden asrama iaitu guru sekolah ini. Penghuni asrama
seramai 50 orang dimana setiap perbelanjaan makan dan minum serta
perbelanjaan bersangkutan dengan pembelajaran murid-murid penghuni asrama ini
dibantu sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1994
juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina dua buah rumah guru
berhampiran dengan bangunan Asrama Desa.
|
No comments:
Post a Comment